Ahad, 22 Februari 2009

Masjid dan kita


Kursus yang saya kena hadiri berkaitan blog dan lain-lain aplikasi ini selama 2 hari.
maknanya kena bermalam. nak mudah kerja saya singgah di sebuah masjid di ibu negeri Perak ini untuk dijadikan tempat bermalam.
masjid ini terletak di hadapan sebuah IPTA yang agak terkenal. Ia sebuah masjid yang aktif, menjalankan kuliah selepas maghrib dan subuh.
Berimamkan seorang imam muda dan fasih dalam bacaan ayat-ayat suci al-quran. Namun begitu terdapat sedikit kelemahan di mana kelemahan ini juga berlaku di kebanyakan masjid negara ini.
Sekitar jam 11.00 mlm, seorang penjaga kelihatan mula menutup pintu dan pagar masjid. Selepas saya memberi salam kepadanya, saya bertanyakan adakah boleh saya bermalam di dalam masjid ini.
Penjaga itu agak keberatan untuk menjawab, sebaliknya ia menyarankan saya bermalan di beberapa buah tempat penginapan yang dia tahu. saya mengambil keputusan untuk bermalam di dalam kereta sahaja.
Persoalannya, mengapa perkara sebegini masih berlaku. Masjid bukan sahaja tempat ibadah sebaliknya ia harus menjadi sebuah pusat aktiviti termasuklah menjadi tempat musafir tumpang berteduh sementara.
Malangnya kebanyakan masjid di negara ini hanya tempat untuk ibadah semata-mata. jika kita lihat, penganut kristian contohnya telahpun menjadikan gereja mereka sebagai pusat untuk segala aktiviti dan tempat berteduh sementara buat penganut agamanya.
Malam yang sama juga di masjid itu saya bertemu dengan seorang lelaki muda yang kehilangan beg duitnya dan ingin memohon bantuan masjid bagi mendapatkan sedikit peruntukan untuk dibuat tambang bas balik ke Johor. Adakah masjid tersebut boleh menggunakan duit dari tabung masjid untuk membantu umat islam sebegini?. saya tidak sempat untuk bertanya berita pemuda itu selanjutnya. mudah-mudahan masjid itu boleh membantunya.
Apa yang ingin saya ketengahkan adalah, amat merugikan masjid yang tersegam indah lagi lengkap dengan infrastukturnya tetapi tidak membenarkan umat islam menggunakan kemudahan yang disediakan. janganlah jadikannya sebagai hiasan semata-mata.
Sudah tiba masanya Masjid-masjid di negara ini mengubah fungsinya bukan sekadar terhad untuk beribadah sahaja demi menaikan nama institusi islam sendiri.
sekian..

Pengikut